• Utama
  • Berita
  • Sejarah Penubuhan Klang Dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

Sejarah Penubuhan Klang Dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

Bersempena dengan Ulang Tahun Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ke-36 tahun, marilah sama-sama kita menghayati Sejarah Penubuhan Klang dan HTAR untuk pengetahuan kita semua.

 

 

 

Pada 2 September 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj, baginda Sultan Selangor telah berkenan merasmikan pembukaan hospital ini. Ia dinamakan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah bersempena nama Tengku Permaisuri iaitu Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat. Pada 1993, nama hospital telah diubah kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan menggugurkan perkataan 'Besar'. 

 

 

 

HTAR terus berkembang pesat seiring dengan kemajuan zaman. Pada 1 Ogos 2005, Kompleks Rawatan Harian (ACC) telah dibina dan boleh diduduki untuk pengoperasian perkhidmatan klinik. Pembinaannya dijangka mampu mengatasi kesesakan di klinik dan memberi keselesaan kepada pesakit di samping menyediakan perkhidmatan dengan lebih efektif, efisyen dan berkualiti.

 

 

 

HTAR semakin berkembang pesat sejajar dengan pertambahan pesakit. Pada Mac 2010, Jabatan Kecemasan & Trauma telah berpindah ke bangunan baharu yang lebih selesa dengan kemudahan fizikal serta keupayaan perawatan kecemasan yang terkini dan moden.

 

 

 

Kini, pada tahun 2021, HTAR mengorak langkah menjadi antara hospital terbesar dan menjadi rujukan serta Hospital Kluster Selangor bagi zon tengah.

 

 

Selamat Ulang Tahun yang ke-36 HTAR!
Kami berbangga menjadi sebahagian daripada warga kerja HTAR.