LEAN Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Majlis Ringkas Pelancaran Dasar HTAR Sebagai Organisasi Yang Mengamalkan Lean dan Tayangan Perdana 5 Klip Video Just-In-Time Mengenai Lean yang dilangsungkan pada 2hb November 2020 di HTAR.

 

Majlis ringkas dan terhad ini telah dihadiri oleh YBrs Pengarah HTAR Datin Paduka Dr Hasni binti Hanapi, Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Lean HTAR, Ketua Unit Pengurusan Kualiti dan beberapa wakil-wakil dari Kaizen Guides HTAR.

Dasar Lean HTAR merangkumkan hasrat organisasi ini untuk:

• Penyampaian nilai (value)
• Pengurangan pembaziran
• Penggunaan kapasiti dan sumber dengan optima;

 

Serta mempunyai 9 tonggak utama yang akan membawa kepada kejayaan pengamalan lean dalam organisasi kami.

 

Ianya turut menggariskan nilai tambah yang akan diperolehi oleh pesakit, pelanggan, pembekal dan komuniti setempat sebagai pemegang taruh apabila lean berjaya dilaksanakan di HTAR.

5 Video klip yang dipratonton pula telah dihasilkan sendiri oleh kakitangan HTAR membawa tema-tema berikut iaitu: Dasar Lean HTAR, Peranan Kaizen Guides, Jenis-jenis Pembaziran Mengikut Lean yang terdapat di dalam sesuatu organisasi (muda, mura dan muri).

 

Ayuh! Sama-sama dengan kami di HTAR untuk menjayakan perkhidmatan kesihatan yang lean di Malaysia!

 

LEAN BM2

 

 LEAN BI2