Hebahan Website Perkhidmatan Patologi Kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Patologi Kebangsaan telah membangunkan Website yang bertujuan untuk memperbaiki penyampaian dan memudahkan warga KKM terutama pakar klinikal dan kementerian atau institusi yang berkaitan dan juga orang awam untuk mendapatkan informasi yang betul dan terkini berkaitan Perkhidmatan Patologi KKM.Pelancaran website ini telah dilancarkan semasa 'International Pathologi Day' pada 30 November 2015 oleh YB Datuk Seri S.Subramaniam,Menteri Kesihatan Malaysia.

Kandungan Website ini adalah termasuk informasi perkhidmatan, informasi umum termasuk kerjaya dalam bidang Patologi,informasi umum termasuk kerjaya dalam bidang Patologi,direktori ujian,direktori perkhidmatan,takwim latihan dan CME online dan berita terkini.

Laman Website ini boleh dilayari di www.patologi.gov.my