Kaunter 1SERVE HTAR

Kaunter pertanyaan 1SERVE HTAR kini dibuka.

 

1serve

 

Inisiatif untuk memperkenalkan program “NBOS 1 Malaysia Customer Service of Civil Servants (1SERVE)” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan sistem penyampaian petugas barisan hadapan di sektor awam.

HTAR telah dipilih sebagai salah sebuah Agensi perintis bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ini yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Awam (MAMPU) serta beberapa agensi persekutuan dan negeri yang lain.

Kaunter 1Serve HTAR mula beroperasi pada tanggal 1 Februari 2016 dan dikendalikan oleh dua orang petugas kaunter iaitu Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Kaunter 1Serve HTAR ini menerima kunjungan para pelawat setiap hari bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • Waris mengesan pesakit melalui sistem bedwatcher dan sistem pengurusan pesakit
  • Pertanyaan pelbagai
  • Peminjaman kerusi roda
  • Permohonan borang-borang seperti borang permohonan kereta jenazah, laporan perubatan, borang ikrar penderma organ dan borang pendaftaran OKU

Kaunter 1Serve HTAR ini bakal menjadi kaunter rujukan utama HTAR yang berfungsi untuk memberikan penerangan dan panduan kepada para pengunjung akan kaunter-kaunter atau lokasi yang perlu ditujui selanjutnya. Langkah proaktif ini memperlihatkan transformasi perkhidmatan kaunter yang sebelum ini hanya mengamalkan konsep satu kaunter satu perkhidmatan kepada satu kaunter pelbagai perkhidmatan.