• Utama
  • Mengenai Kami
  • Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Pengarah DrDingLayMing


UCAPAN TAHUN BAHARU 2018
PENGARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG


Selamat Sejahtera, Salam Sihat 1 Malaysia, Salam Negaraku


YBhg Datuk/Datin /Dr/Tuan/Puan,


Tahun 2017 telah hampir melabuhkan tirainya, lembaran baharu 2018 terbentang luas menanti di hadapan. Masa itu diibaratkan emas yang sangat tidak ternilai dan tiada gantinya. Sesungguhnya pengalaman dan pengajaran lepas membawa kepada usaha penambahbaikan dan pembaharuan di masa hadapan.


Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga HTAR atas komitmen, semangat yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ini dalam menongkah arus dan mengharungi pelbagai rintangan, cabaran, suka dan duka sepanjang tahun 2017.


Tahun 2018 nanti bakal menyaksikan pembukaan Kompleks Ibu dan bayi yang baharu dan serba lengkap dengan peralatan yang canggih yang akan menjadi satu tanda aras dan kebanggan kepada HTAR dalam menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Neonatal yang terbaik dan suasana yang selesa serta kondusif untuk para pelanggan yang kami hargai.


Selain itu, HTAR terus mengorak langkah dan menitikberatkan Sistem Pengurusan Kualiti dalam menuju Pensijilan bertaraf Antarabangsa ISO 9001:2015. Kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat menjadi keutamaan kami dalam memberi rawatan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.


HTAR sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan layanan buat para pelanggan dan pelawat. Kami juga amat mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan daripada tuan/puan dalam memastikan kepuasan dan mencapai ekpektasi para pelanggan.PROFESIONAL, PENYAYANG DAN KERJA BERPASUKAN amalan budaya kami.

 

‘SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2018’

 

DR. DING LAY MING
Pengarah Hospital
HTAR Klang