Unit Kesihatan Awam
Pengenalan
Unit Kesihatan Awam telah diperkenalkan pada Mei 2003. Ia dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP U32) pada ketika itu. Seorang Pakar Kesihatan Awam dan seorang Pegawai Perubatan telah ditempatkan di unit ini pada Mac 2006 yang menampakkan penglibatan doktor dalam bidang kesihatan awam hospital ini.
Kini, unit ini dianggotai oleh seorang Ketua unit, seorang Pakar Kesihatan Awam, 4 orang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran, 2 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, 2 orang Penolong Kesihatan Awam, seorang Jururawat Terlatih dan 2 orang Jururawat Masyarakat. Secara am, unit ini terbahagi kepada Klinik Warga, Bahagian Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Bahagian Inspektorat. Ia berfungsi untuk menyelia aspek-aspek kesihatan & keselamatan kakitangan serta memantau persekitaran hospital ini.
Misi
Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai kesihatan yang sempurna bagi mencapai kualiti hidup yang optima dan mengelakkan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan cara kerja di kalangan kakitangan.
Visi
Menyediakan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang cekap, cepat dan berkualiti yang bertaraf profesional setanding dengan arus perkembangan kesihatan dan teknologi terkini.
Objektif
Am
(1) Untuk mewujudkan anggota dan persekitaran kerja hospital yang selamat dan sihat serta terkawal daripada punca risiko kemalangan, kecederaan, jangkitan penyakit dan menjadikan hospital sebagai “focal point” untuk promosi kesihatan.
(2) Bekerjasama dengan pejabat Kesihatan Daerah dalam kawalan penyakit berjangkit dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan.
Khusus
(1) Memastikan setiap anggota yang bertugas di hospital terhindar daripada risiko akibat kecederaan dan kemalangan semasa melakukan tugas harian.
(2) Melaksanakan aktiviti-aktiviti mengumpul borang-borang notifikasi dari kecemasan dan wad-wad untuk pesakit penyakit berjangkit didaftarkan melalui e-notifikasi.
Fungsi
(1) Klinik Warga Kerja untuk kemudahan dan kebajikan anggota HTAR
Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah rawatan pesakit luar dan pemberian
pelalian kepada warga HTAR serta saringan kesihatan untuk warga HTAR yang
berumur 40 tahun dan ke atas.
(2) Pemantauan keselamatan & kesihatan pekerjaan
(3) Pemantauan kesihatan persekitaran
(4) Pemantauan penyakit berjangkit
(5) Kawalan mutu makanan dan air
(6) Penguatkuasaan undang-undang kawalan hasil tembakau
Maklumat perhubungan
Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Talifon: (03) 33757000
Ext 1536 (Bahagian Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan)
Ext 1241 (Bahagian Inspektorat)




