Jabatan Perubatan Rehabilitasi

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Rehabilitasi merupakan jabatan yang terdiri daripada gabungan 3 unit. Jabatan ini diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi. Unit-unit tersebut adalah:

  • Unit Perubatan Rehabilitasi
  • Unit Fisioterapi
  • Unit Pemulihan Carakerja

Jabatan ini dianggotai oleh kakitangan dari pelbagai kategori, termasuk Pakar dan Pegawai Perubatan, Anggota Kejururawatan, Jurupulih Fisioterapi, Jurupulih Terapi Carakerja dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Kepelbagaian keanggotaan dalam Jabatan ini membentuk satu pasukan rehabilitasi yang lengkap dalam memberikan perkhidmatan rehabilitasi yang holistik kepada pesakit.

VISI

Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang cemerlang.

MISI

Memberikan kepuasan yang menyeluruh melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan beretika, secara cekap dan profesional untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi semua pelanggan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan khusus diberikan oleh Jabatan ini kepada pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan kompleks yang memerlukan input secara “interdisciplinary”.

Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan rehabilitasi “spinal cord injury” (kecederaan saraf tunjang), perkhidmatan rehabilitasi “amputee” (amputasi anggota tangan/kaki), perkhidmatan rehabilitasi “stroke”, perkhidmatan rehabilitasi “traumatic brain injury” (kecederaan otak), dan perkhidmatan rehabilitasi kanak-kanak.

Selain daripada itu, Jabatan ini juga memberikan perkhidmatan rehabilitasi am untuk disiplin perubatan yang lain seperti Jabatan Perubatan, Jabatan Ortopedik, Jabatan Surgikal, Jabatan Psikiatri dan lain-lain.

UNIT PERUBATAN REHABILITASI

  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
    • Memberi konsultasi pesakit dalam sama ada kepada pesakit yang dimasukkan secara elektif oleh Unit Perubatan Rehabilitasi atau kepada pesakit yang dirujuk oleh jabatan-jabatan lain.
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
    • Konsultasi Pesakit Luar di Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi
    • Klinik Kerusi Roda dan Alat Duduk Khas (Wheelchair & Seating Clinic)
    • Penilaian dan Preskripsi Prosthesis dan Orthosis
    • Perkhidmatan Perawatan Spastisiti/ Injeksi Botulinum Toxin A
    • Perkhidmatan Wound Management
    • Klinik bersama PERKESO- “Return to Work
    • Konsultasi Pesakit Luar di Klinik Lawatan Pakar Rehabilitasi Hospital Banting dan Hospital Shah Alam

WAKTU OPERASI

Jadual dan Waktu Operasi Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi HTAR

 
Minggu dan Waktu Operasi
 
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
Minggu Pertama
 
8pg – 1 tghari
Klinik ‘Wound Management’
Klinik Rehabilitasi Pediatrik
Klinik Rehabilitasi Amputee
Klinik Neurological Rehabilitation / Traumatic Brain Injury Rehabilitation
Minggu Kedua
 
8pg – 1tghari
Klinik Perawatan Spastisiti
(Spasticity Management Clinic)
Klinik Kerusi Roda dan Alat Duduk Khas (Wheelchair & Seating Clinic)
Klinik Rehabilitasi Amputee
Klinik Neurological Rehabilitation / Traumatic Brain Injury Rehabilitation
Minggu Ketiga
 
8pg – 1tghari
Klinik bersama PERKESO – “Return to Work
 
Klinik Rehabilitasi Spinal Cord Injury
Klinik Rehabilitasi Pediatrik
Klinik Rehabilitasi Amputee
Klinik Neurological Rehabilitation / Traumatic Brain Injury Rehabilitation
Minggu Keempat
 
8pg – 1tghari
Klinik “Single Channel Cystometry”
Klinik Orthosis
 
(Orthotic Clinic)
Klinik Rehabilitasi Amputee
Klinik Neurological Rehabilitation / Traumatic Brain Injury Rehabilitation

LAWATAN BERKALA PAKAR PERUBATAN REHABILITASI

  • Hospital Shah Alam: Hari Selasa dan Rabu setiap minggu
  • Hospital Banting : Hari Isnin setiap minggu keempat

LOKASI

Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi terletak bersebelahan dengan Klinik Dada.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

No telefon: 03-33757000 sambungan 1540

No fax: 03-33717879