Unit Perhubungan Awam

Pengenalan

Unit Perhubungan Awam (UPA) merupakan sebuah unit yang bertindak sebagai perantara bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dalam menyampaikan maklumat berhubung fakta dan situasi yang berkaitan HTAR atas arahan dan persetujuan pihak Pengarah HTAR.

VISI

Menjadikan khidmat Perhubungan Awam sebagai medium yang berkesan dalam pembentukkan imej hospital dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

MISI

Ke arah perkhidmatan yang berkualiti dengan membudayakan cara kerja proaktif untuk kecemerlangan hospital dan memenuhi kehendak pelanggan.

FUNGSI

Perhubungan Awam

  • Menyelaras dan memantau aduan awam,
  • Menyelaras dan memantau aduan akhbar,
  • Menganjurkan sidang media di peringkat hospital,
  • Menyelaras lawatan dan program pihak luar ke hospital,
  • Menyelaras permohonan penggambaran pihak luar,
  • Menyelaras permohonan penggunaan ruang legar,
  • Mengurus hebahan mayat yang tidak dituntut,
  • Mengurus hebahan pesakit tidak dituntut waris
  • Membantu mengurus majlis di peringkat HTAR
  • Menyalurkan maklumat serta melayan pertanyaan pihak pelanggan/orang awam secara bersemuka/ telefon dan email
  • Terlibat dalam penghasilan bahan risalah/bacaan untuk pelanggan dan lain-lain.

Khidmat Pelanggan

  • Bertanggungjawab mengendalikan panggilan dari luar dan dalam secara cekap iaitu menjawab panggilan dengan segera, sopan dan mesra serta menjawab dengan ucapan dan pengenalan jabatan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan kaunter dengan melayan pelanggan dengan mesra, menerima aduan / masalah pelanggan serta menunjuk arah / panduan kepada pelanggan.
  • Bertanggungjawab dalam mengurus kunci-kunci pintu HTAR dengan memantau kabinet kunci dari semasa ke semasa dan memastikan kunci yang diambil atau dipulangkan direkod ke dalam buku rekod. 

WAKTU OPERASI

1) Perkhidmatan kaunter : Waktu pejabat

2) Perkhidmatan menjawab telefon : 24 jam