Unit Keselamatan

PENGENALAN

Unit Keselamatan HTAR telah ditubuhan dan mula beroperasi secara rasminya pada 15 Oktober 2008 dengan perjawatan secara Kader diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan dianggotai Dua (2) orang Pembantu Keselamatan Gred KP17/22.

    Unit Keselamatan merupakan salah satu unit yang berada dibawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan HTAR. Tugas Utama Unit Keselamatan HTAR adalah mengurus keselamatan perlindungan meliputi fizikal, dokumen dan peribadi dengan merancang, mengubal, memantau dan melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan yang sedang berkuatkuasa. Di samping itu, Unit Keselamatan menyelia syarikat kawalan keselamatan yang dilantik secara tender oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Pada tahun 2009, Unit Keselamatan telah mendapat seorang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP32 bagi mengetuai Unit ini dan dibantu Empat (4) orang Pembantu Keselamatan Gred KP17/22.

    Bagi memperkukuhkan urusan harian operasi Unit Keselamatan sehingga kini telah menerima pengwujudan 11 perjawatan seperti berikut:

              2 Pegawai Keselamatan Gred KP41

              1 Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP32

              2 Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

              2 Pembantu Keselamatan Gred KP22

              4 Pembantu Keselamatan Gred KP17

 

FUNGSI

1.    Memberi nasihat keselamatan perlindungan kepada kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR), pesakit dan pelawat serta bangunan-bangunan di bawah HTAR dari sebarang ancaman samada dengan cara tidak sengaja atau niat jahat melalui sabotaj atau dengan cara-cara lain;

2.    Memberi nasihat perlindungan keselamatan kepada aset-aset milik HTAR, peralatan pejabat, mesin-mesin dan lain-lain harta di bawah HTAR dari kerosakan samada disengajakan atau dengan niat jahat serta kecurian; dan

3.    Melaksanakan dasar-dasar jabatan berkenaan hal ehwal keselamatan dan memastikan ianya dipatuhi. 

  1. Mengatur dan mengawal penggunaan Sumber Manusia keselamatan dengan cekap dan berhemah bagi mematuhi keperluan operasi, rancangan dan aktiviti.
  2. Memastikan kawalan keselamatan perlindungan HTAR dari segi aspek fizikal, dokumen dan peribadi berada dalam keadaan optimum sepanjang masa.
  3. Memberi khidmat Nasihat, dan Ceramah berkaitan kawalan keselamatan perlindungan HTAR dari segi aspek fizikal, dokumen dan peribadi.
  4. Menyediakan dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan.
  5. Membuat siasatan awal apabila sesuatu perlanggaran keselamatan berlaku serta membawa ke pengetahuan Pengarah Hospital.
  6. Mengkaji dan memberi syor-syor berkaitan keselamatan dari masa ke semasa kepada Pengarah Hospital.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1.    NAMA PERKHIDMATAN

  1.    Mengeluarkan Kad Akses Keselamatan Kakitangan
  2.    Menguruskan Parkir Bertingkat Kompleks Rawatan Harian dan Menyelaras permohonan parkir sementara di HTAR
  3.    Kawalan keselamatan 24jam

2.    PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN

  1.    Kad Akses Keselamatan adalah kad perakam waktu elektronik kakitangan dan juga berfungsi sebagai kad akses pintu automatik.
  2.    Memberi kemudahan parkir kenderaan kepada kakitangan yang layak sahaja mengikut jabatan dan meberi kemudahan parkir sementara kepada mana-mana tetamu khas yang dibenarkan berkunjung ke HTAR.
  3.    Menempatkan Pengawal Keselamatan di kawasan HTAR

 

LOKASI

Pejabat Pakar, Tingkat 3, Kompleks Rawatan Harian (ACC)

 

WAKTU OPERASI

Pejabat 08.00 pagi hingga 05.00 petang.

No.tel : 03-33757000 samb 6101/6833

Operasi kawalan keselamatan 24 jam

No.tel: 019-2312003 / 019-2313050 / 019-2311009 / 019-3225171

 

JADUAL BAYARAN

Denda hilang Kad Akses Keselamatan RM 40.00