Unit Pentadbiran

 

Unit Pentadbiran  menguruskan pentadbiran am pejabat seperti hal-hal berkaitan majlis-majlis rasmi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, logistik, kenderaan, bekalan, memperakukan pencalonan penganugerahan pingat dan bintang kebesaran untuk pegawai dan kakitangan, menguruskan mesyuarat-mesyuarat jabatan, mengenal pasti keperluan dan kemudahan perkakasan Jabatan serta urusetia Mesyuarat Pagi bulanan dan Perhimpunan Bulanan HTAR. Antara peranan lain unit ini ialah mengenalpasti keperluan-keperluan dan kemudahan-kemudahan seperti perkakasan di jabatan, mengurus stor, inventori di Unit Pentadbiran, menguruskan penyewaan dan proses Premis Demis di Hospital. mengurus kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan utiliti serta mengurus hal-hal yang berkaitan kemudahan pinjaman, kesihatan dan kebajikan kakitangan. Selain itu unit ini juga berperanan dalam menyelaras aktiviti dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital..