Unit Kewangan Dan Gaji

PENGENALAN

Unit Kewangan dan Gaji merupakan satu Unit dibawah Bahagian Pengurusan HTAR Klang. Unit ini berperanan mengurus hal-hal kewangan berkaitan pembayaran samada kepada pihak pembekal mahupun kakitangan sendiri. Ia juga bertanggungjawab berkaitan pengurusan gaji serta hal-hal berkaitan dengan potongan gaji kakitangan.

Selain itu juga, unit ini bertanggungjawab untuk menyelia dan merekod segala peruntukan dan perbelanjaan yang diterima bagi setiap Jabatan serta memastikan semua peruntukan dibelanjakan mengikut peratuan yang berkuasa.

Oleh yang demikian, Unit Kewangan dan Gaji merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan yang diberikan di HTAR dari segi pengurusan kewangan dan perakaunan. 

OBJEKTIF

UNIT KEWANGAN

  1. Memproses permohonan Pesanan Tempatan (LPO) dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Memproses permohonan Waran Udara Pukal (WUP) bagi tujuan bertugas rasmi dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memproses pembayaran invois/bil/tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Memproses permohonan pinjaman perumahan, kenderaan & computer dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Memproses permohonan bayaran balik perubatan & elaun perpindahan rumah dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

UNIT GAJI

  1. Memproses pembayaran gaji kakitangan tetap/ kontrak yang baru dilantik dalam tempoh 1 bulan dokumen lengkap diterima daripada Unit Sumber Manusia.
  2. Memastikan pembayaran gaji kakitangan tetap yang bertukar masuk bersambungan dengan gaji terakhir yang dibayar oleh Jabatan lama.
  3. Memproses pembayaran gaji kakitangan sambilan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap. 

FUNGSI

  • Memperakaunkan peruntukan dan perbelanjaan yang diterima pada tahun semasa
  • Memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan
  • Memproses pembayaran gaji bagi kakitangan baru/kontrak/sambilan serta memastikan semua dokumen dihantar ke Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Menyediakan Laporan-laporan Kewangan seperti Laporan Penyesuaian, Laporan Bil, Laporan Harian, Laporan Perbelanjaan dan sebagainya.
  • Memproses permohonan pinjaman perumahan, kenderaan dan computer bagi kakitangan yang layak. 

LOKASI

Lokasi

Bahagian Pentadbiran, Bangunan Utama, HTAR Klang