Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN, MISI DAN VISI

Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan yang bertanggungjawab dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hospital yang melibatkan pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT, bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT.

AKTIVITI UTAMA

Aktiviti utama Unit IT adalah:

  • Mengurus, menyelenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital;
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT iaitu pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu First Level Support dan Helpdesk berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT;
  • Mengurus keselamatan data dan rangkaian;
  • Mengurus perolehan aset ICT dan khidmat peminjaman peralatan ICT;
  • Merancang dan membangun sistem aplikasi komputer untuk keperluan dalaman;
  • Mengurus program latihan ICT peringkat hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS); dan
  • Menyelenggara laman web hospital.

Secara amnya, skop kerja utama Unit IT adalah seperti Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Skop Kerja Utama Unit IT HTAR
skop

Sehingga kini, HTAR telah melaksanakan banyak projek-projek ICT KKM dan agensi lain bagi menyokong pengurusan dan operasi hospital.

Rajah 3: Projek-Projek ICT di HTAR
icthtar

WAKTU OPERASI DAN LOKASI

Waktu Operasi

8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

Lokasi

Aras 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.