Bahagian Penyelia Jururawat

PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan kejururawatan merupakan bahagian profesional Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan bertanggungjawab kepada pihak pengurusan hospital melalui Ketua Penyelia Jururawat. Ia bertanggungjawab dengan menyediakan sumber klinikal, pengurusan dan pendidikan yang diperlukan bagi penyediaan kecemerlangan dalam kejururawatan penjagaan mengikut standard profesional yang telah ditetapkan.

Ia akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang pelanggan tertumpu dengan penekanan kepada keperluan fizikal, psikologi, sosial dan rohani individu. Ia juga bertujuan untuk menyediakan jururawat dengan kehidupan bekerja yang berkualiti tinggi dan peluang untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya. Selaras dengan polisi hospital, Bahagian Perkhidmatan kejururawatan yang telah ditakrifkan sendiri visi, misi, falsafah dan objektif seperti yang nyatakan di bawah.

VISI

Kearah perkhidmatan kejururawatan yang unggul merangkumi bidang kepakaran klinikal, perkembangan teknologi semasa dan penyelidikan teknologi semasa serta penyelidikan, perawatan Holistik dengan mengutamakan pembelajaran berterusan, semangat kerja berpasukan dan profesionalima.

MISI

  • Memastikan piawaian dan amalan Kejururawatan dilaksanakan mengikut Akta Jururawat         (1950 ) Peraturan (1985) , Akta Bidan (1966) Peraturan (1990) serta Kod Etika Kejururawatan.
  • Memberi perawatan Holistik yang cekap, selamat,efektif dan berkualiti.
  • Mengekalkam tahap profesionalisma kerjaya kejururawatan melalui program pendidikan yang berterusan.
  • Mempraktikan amalan kejururawatan berterusan berasaskan piawaian perawatan, penjagaan, pencegahan dan pemulihan pesakit yang berkualiti.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dengan menitikberat aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitasi.
  • Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada pesakit dan orang awam.
  • Menilai dan memantau tahap perawatan pelanggan berasaskan konsep individu mengikut piawaian kejururawatan.
  • Mengadakan suasana yang kondusif bagi mengalakkan penglibatan anggota dalam membuat keputusan yang membabitkan kualiti perawatan kejururawatan.
  • Meningkatkan amalan kejururawatan menerusi penjagaan program pendidikan profesional secara berterusan.
  • Memudahkan pengajian tinggi dan meningkatkan imej profesional kejururawatan di hospital.
  • Bekerjasama dengan lain-lain institusi pendidikan dengan menyediakan pengalaman klinikal bagi pelajar-pelajar.
  • Memulakan dan memudahkan penyelidikan kejururawatan.

FUNGSI

Rawatan Pesakit Dalaman

Memberi Perkhidmatan kepada pesakit dalam yang terdiri dari berbagai unit

Seperti Ortopedik, Pembedahan , Perubatan, Obstetrik dan Ginekologi, Nephrologi,

               Hematologi, Otorinolaringologi, Oftalmologi, Unit Rawatan Rapi, Kanak- Kanak,

Dewan Bedah dan Unit Kecemasan.

Rawatan Pesakit Luar

Memberi rawatan kepada pesakit di klinik-klinik pakar dan rawatan harian. Klinik Pakar seperti Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Bedah, Klinik O&G, Klinik Pakar Ortopedik, Klinik Pakar Kanak-Kanak, Klinik Oftalmologi, Klinik Pakar Hidung Tekak, Jabatan Pengimejan, Klinik Pakar Psykiatrik, Klinik Dada, dan Klinik Pakar Kulit.Klinik Warga Kerja, Klinik Rehabilitasi, Klinik bius/ “ Chronic Pain, dan Pendidikan Kesihatan.

Unit Rawatan Sokongan

               i.   Unit Pensterilan ( Melebarkan perkhidmatan ke klinik berhampiran )

               ii. Unit Kawalan Infeksi

               iii. Unit Kesihatan Awam

Lain-lain perkhidmatan yang di beri

           i    Rawatan Harian

           ii    Unit Kaunseling

           iii  Penjagaan Kaki ( Foot Care )

           iv  Diabetik kaunseling

           v.   Perkhidmatan Rawatan di rumah

           vii. Latihan