Unit Pendidikan Kesihatan

PENGENALAN

Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit merupakan aspek penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit. Program Pendidikan Kesihatan secara umum bertujuan untuk menimbulkan kesedaran pada diri pengguna atau bahaya tentang penyakit yang akan atau sedang dihadapi.

Fokus yang kedua ialah promosi kepada pesakit dan ahli keluarga dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menguruskan penyakit dan kesan sampingan rawatan. Tindakan ini dapat meningkatkan motivasi pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih positif dan bermakna. Ini adalah sejajar dengan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi penekanan terhadap promosi kesihatan yang menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah peningkatan kualiti hidup.

 

Oleh yang demikian, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan memainkan peranan utama sebagai strategi yang berkekalan dalam mengubah tingkahlaku individu. Kepentingan pendidikan dan promosi kesihatan adalah suatu strategi penting yang perlu dikembangkan serta diberi keutamaan demi pencegahan penyakit. Justeru itu, menjadi tanggungjawab Jabatan Pendidikan Pesakit merangka strategi bagi memastikan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

 

PERKHIDMATAN

Menyediakan perkhidmatan bantuan, sokongan dan penggalakkan bagi program dan aktiviti pendidikan kesihatan di hospital.

  •  KLINIK BERHENTI MEROKOK
  • PENDIDIKAN KESIHATAN
  • PUSAT SUMBER PENDERMAAN ORGAN
  • BAHAN PENDIDIKAN BERCETAK
  • PAMERAN KESIHATAN
  • PERKHIDMATAN REKA BENTUK BAHAN PERCETAKAN
  • PINJAMAN BAHAN-BAHAN PENDIDIKAN
  • PENJILIDAN DAN LAMINATE
  • PINJAMAN ALAT-ALAT AUDIO VISUAL DAN KOMPUTER SERTA LCD PROJEKTOR
  • TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN AUDITORIUM PERMATA HTAR
  • PENGGUNAAN MINI GYM HTAR
  • SAMBUTAN HARI KHAS KESIHATAN
  • SAMBUTAN HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA
  • SAMBUTAN HARI TIBI
  • SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA
  • MINGGU TANPA TEMBAKAU
  • MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU
  • MINGGU KESEDARAN DARAH TINGGI
  • HARI JANTUNG SEDUNIA
  • MINGGU KESIHATAN MENTAL
  • NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN
  • MINGGU DIABETES
  • HARI AIDS SEDUNIA

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Perkhidmatan runding cara berhenti merokok diberikan oleh Ketua Jururawat dan Pegawai Pendidikan Kesihatan. Perkhidmatan ini diadakan setiap hari.

Pesakit dirujuk oleh Pegawai atau Pakar Perubatan yang telah memeriksa pesakit di wad atau walk in. Rujukan boleh dilakukan menggunakan borang rujukan.

Perkhidmatan Runding cara Pendidikan kesihatan akan diadakan untuk pesakit Diabetes (di Pusat Sumber Diabetes) dan Hipertensi. Perkhidmatan ini diadakan setiap hari.

Pesakit dirujuk oleh Pegawai atau Pakar Perubatan yang telah memeriksa pesakit di wad atau walk in. Rujukan boleh dilakukan menggunakan borang rujukan.

Pesakit, waris, kakitangan dan orang ramai boleh mendapatkan kad ikrar pendermaan organ di Jabatan Pendidikan Kesihatan untuk tujuan pendermaan.

Kakitangan, pesakit dan orang ramai boleh mendapatkan bahan bercetak mengenai maklumat-maklumat / panduan penjagaan kesihatan di Jabatan Pendidikan Kesihatan. Bahan-bahan bercetak ini juga diedarkan ke setiap jabatan/unit dan wad. Jabatan/unit/wad yang ingin memohon bantuan menyediakan bahan pameran, poster atau risalah hendaklah menyediakan maklumat-maklumat berkaitan.

Pameran Kesihatan akan dipasang di tempat pameran secara berjadual. Pameran akan diganti dengan pelbagai tajuk yang lain setiap sebulan sekali. Pameran kesihatan dan pengedaran bahan-bahan pendidikan bagi sesuatu wabak akan dilaksanakan serta merta dan berterusan sehingga wabak berkenaan tamat.

Jabatan/Unit/Wad yang hendak memohon bantuan perkhidmatan reka bentuk bahan cetakan perlu mengisi borang bantuan tugas dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan permohonan ialah dua minggu. Permohonan dalam jangka masa yang singkat perlu mendapat kelulusan Ketua Jabatan Pendidikan Kesihatan.

Jabatan/Unit/Wad yang hendak membuat pinjaman hendaklah menghantar anggotanya untuk memeriksa bahan-bahan yang hendak dipinjam dan mengisi borang pinjaman di Jabatan Pendidikan Kesihatan. Peminjam bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan barang yang dipinjam.

Jabatan Pendidikan Kesihatan menyediakan perkhidmatan untuk penjilidan buku dan sebagainya, untuk laminating, Jabatan/Unit/Wad perlu membawa plastic laminate sendiri atau dapatkan di Unit Bekalan Peralatan Alat Tulis.

Jabatan Pendidikan Kesihatan menyediakan perkhidmatan audio visual seperti perkhidmatan P.A System, Fotografi, serta peminjaman peralatan komputer riba dan LCD Projektor untuk tujuan mesyuarat atau kursus. Untuk mendapatkan perkhidmatan atau meminjam peralatan, perlu mengisi borang yang disediakan.

Jabatan/Unit/Wad yang hendak membuat tempahan dan penggunaan Auditorium Permata bolehlah menghubungi Jabatan Pendidikan Kesihatan dan mengisi borang penggunaan. Tempahan awal penggunaan Auditorium Permata amat digalakkan.

Jabatan Pendidikan Kesihatan mempunyai Mini Gym yang boleh digunakan untuk kakitangan HTAR, Mini Gym dibuka seawal 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi, 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang dan 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Sila buat tempahan untuk penggunaan.

Mengadakan sambutan dan menjalankan aktiviti sempena sambutan hari-hari khas kesihatan sekurang-kurangnya 4 sambutan dalam setahun, di antara sambutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut;

MASA PERKHIDMATAN

Hari Isnin - Khamis

8.00 AM – 1.00 PM

2.00 PM – 5.30 PM

Hari Jumaat

8.00 AM – 12.15 PM          

2.45 PM – 5.30 PM

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas tanpa mengira taraf, pangkat, kaum dan fahaman agama.

LOKASI

Jabatan Pendidikan Kesihatan terletak di Aras 3, Bangunan Kompleks Rawatan Harian, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.