Jabatan Kerja Sosial Perubatan

PENGENALAN

Kerja Sosial Perubatan adalah merupakan profesion menolong dalam konteks perkhidmatan kesihatan, bertujuan untuk membantu memperkasakan kefungsian sosial pesakit dan keluarga mereka bagi mencapai kemaslahatan hidup di dalam masyarakat serasi dengan kemampuan dan kewibawaan mereka.

Bagi merealisasikan agenda Kerja Sosial Perubatan maka Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) diwujudkan semata-mata untuk menyediakan dan memberikan perkhidmatan terapi sokongan dan bantuan praktik dalam konteks membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah sosial dalam perawatan terutamanya dari aspek psikososial.

 

FUNGSI

  1. Untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berasaskan kepada prinsip kerahsiaan , prihatin (caring) dan berkesan bagi membantu pesakit-pesakit agar dapat mengatasi (cope) masalah sosial dan emosi yang dihadapi dan mengganggu proses rawatan mereka.
  2. Untuk mempastikan agar mereka (pesakit) mendapat rawatan sosial yang maksima bagi memulihkan kefungsian sosial dan kembali kepada keluarga serta kemuniti di mana mereka tinggal.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah merialisasikan peranannya melalui dua aktiviti teras iaitu bantuan psikososial dan bantuan praktik.

  • Bantuan Psikososial – bantuan ini adalah merupakan khidmat kaunseling, khidmat nasihat, intervensi sosial dan sebagainya. Umumnya ia lebih menjurus kepada mendekati, memahi dan menerima serta merungkai permasalahan pesakit dari aspek perasaan mahupun emosinya.  

Pelbagai jenis kes yang dikendalikan iaitu kes cubaan bunuh diri, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, kes rogol, ibu tanpa nikah dan anak angkat serta krisis perasaan.

  • Bantuan Praktik -  pengendalian kes-kes ini  lebih tertumpu kepada mencari dan mendapatkan bantuan untuk pesakit. Jenis-jenis bantuan ialah kewangan, peralatan palsu, peralatan perubatan, kerusi roda dan  sebagainya. Walau bagaimanapun, secara umumnya, pengendalian  dua kategori utama aktiviti ini saling berkait rapat antara satu sama lain dari segi natijah pendekatan rawatan sosial  yang didambarkan.

 

LOKASI

JKSP terletak di bangunan lama HTAR iaitu bersebelahan Jabatan Pendaftaran Masuk, Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik dan Discaj Suite.

 

WAKTU OPERASI:

Hari Isnin hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Hari Jumaat dari jam  7.30 pagi hingga 12.15 tgh

                                       2.45 ptg. hingga  5.30 ptg.

Hari Sabtu dan Ahad – Cuti

No. Tel: 03-33757000