Jabatan Pengimejan & Diagnostik

Pengenalan

Jabatan Utama Pengimejan Diagnostik HTAR ini mula beroperasi pada tahun 1985. Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik kepada semua pelanggan HTAR dan juga pelanggan dari fasiliti kesihatan yang lain dengan pemeriksaan radiologi, rakaman imej (filem) dan laporan dalam bentuk ‘hard copy'. Pelanggan jabatan ini terdiri daripada pakar-pakar dan pegawai-pegawai perubatan yang memohon pemeriksaan serta pesakit yang menjalani pemeriksaan pengimejan diagnostic. Pesakit-pesakit ini terdiri daripada pesakit luar dan pesakit dalam.

 

Fungsi

Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik seperti berikut:

  1. Perkhidmatan pengimejan diagnostik seperti pemeriksaan x-ray am seperti dada, abdomen, ekstremiti atas dan bawah, kepala, spina vertebra dan OPG
  2. Perkhidmatan pengimejan floroskopi
  3. Perkhidmatan pemeriksaan 'Intravenous Urography' (IVU)
  4. Perkhidmatan pemeriksaan 'Computed Tomographic Scan' (CT Scan) dan 'Computed Tomographic Angiography' (CTA)
  5. Perkhidmatan pengimejan payudara seperti Mamografi, Biopsi Stereotatik, 'Hook Wire', 'Breast Ultrasound' dan 'MRI Breast'
  6. Perkhidmatan asas intervensi radiologi seperti prosedur 'drainage', prosedur akses vena dan prosedur biopsi jarum.
  7. Perkhidmatan pemeriksaan ultrasonografi
  8. Perkhidmatan pemeriksaan 'Magnetic Resonance Imaging' (MRI) dan 'Magnetic Resonance Angiography' (MRA)
  9. Perkhidmatan pengimejan mudah-alih seperti pemeriksaan x-ray am, fluoroskopi dan ultrasonografi.
  10. Perkhidmatan radiologi forensik.
  11. Pusat latihan untuk semua perkhidmatan radiologi / bidang radiologi berkaitan yang merangkumi latihan subkepakaran dan 'open masters'.
  12. Perundingan film eksternal untuk pemeriksaan yang dilakukan dari lain-lain fasiliti.

Unit-unit di bawah Jabatan

  1. Jabatan Pengimejan Diagnostik Utama

1.1 Radiografi Am

 

1.2 Floroskopi

 

1.2 Bahagian Mamografi

1.3 Bahagian Ultrasonografi

1.4 Bahagian CT Skan

 

1.5 Bahagian MRI

 
  1. Unit Pengimejan Diagnostik Pusat Rawatan Harian
  2. Unit Pengimejan Diagnostik Kecemasan dan Trauma

Perkhidmatan yang ditawarkan

 

  1. Nama Perkhidmatan

1)

Pemeriksaan Radiografi Am Berkomputer dan Digital

           
 

(Dada, Anggota Badan, tulang belakang, abdomen, KUB dll.)

                   

2)

Pemeriksaan Floroskopi atau Pemeriksaan Khas Berkontras

           
 

(Barium Enema, barium Meal, MCU, HSG, IVP dll.)

           

3)       Pemeriksaan Radiografi Mudahgerak 24 jam

 

(Jabatan Kecemasan dan Trauma, Wad, Dewan Bedah dan Jabatan Forensik )

       

4)

Pemeriksaan Radiografi Kecemasan dan Trauma 24 jam

         

5)

Pemeriksaan Pengimejan di Dewan Bedah 24 jam

           

6)

Pemeriksaan 'Cone Beam CT' atau OPG di Klinik Bedah Mulut.

         

7)

Pemeriksaan ERCP di Unit Endoscopi.

         

8)

Pemeriksaan Mammografi

               

9)

Pemeriksaan Ultrasonografi Payudara

             

10)

Pemeriksaan Ultrasonografi Am

               

11)

Pemeriksaan Ultrasonografi Doppler

               

12)

Pemeriksaan Tomografi Berkomputer (CT Scan) 24 jam

           

13)

Pemeriksaan Tomografi Berkomputer (CT Scan) Mudahgerak

           

14)

Pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI)

           

15) Laporan Pakar Radiologi

             

 

Pengenalan Kepada Perkhidmatan

Jabatan Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik, rakaman imej serta laporan pakar radiologi dan juga prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam wad, pesakit luar, pesakit jagaan harian dan pesakit jabatan kecemasan di hospital ini. Perkhidmatan ini juga diperluaskan kepada pesakit dari klinik kesihatan dan hospital kerajaan lain, jika ada permohonan.

 

Lokasi

1) Jabatan Pengimejan Diagnostik Utama terletak di aras bawah bangunan

     utama hospital bertentangan dengan lobi lif ke wad-wad.

 

2) Unit Pengimejan Diagnostik Pusat Rawatan Harian terletak di aras bawah  

     bangunan Pusat Rawatan Harian di anatara kafeteria makan dan klinik-klinik

     ortopedik dan surgikal.

       

3) Unit Pengimejan Diagnostik Kecemasan dan Trauma terletak di premis

     Jabatan Kecemasan dan Trauma lama di aras bawah bangunan utama hospital.

 

         

Waktu Operasi

1)

Untuk Kes-kes temujanji :

     
 

8:00 am ~ 5:00 pm (Isnin hingga Jumaat)

   
             

2)

Untuk Kes-kes kecemasan :

     
 

24 jam (Setiap hari)

       
 

* Perkhidmatan pemeriksaan Radiografi Am, Ultrasonografi dan

 

   Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Skan)

 

Jadual Bayaran Jika Ada

Dikendalikan oleh Unit Hasil, HTAR