Jabatan Farmasi

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan jabatan perkhidmatan sokongan klinikal yang memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit HTAR. Berikut ini adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang  diberikan oleh jabatan ini :-

  • Stor Perolehan dan Bekalan
  • Farmasi Klinik Pakar
  • Farmasi Trauma dan Kecemasan
  • Farmasi Discaj
  • Farmasi Pesakit Dalam (Farmasi Bekalan Wad, Satelit 4 & 7, Pengeluaran steril dan bukan steril dan Pra-bungkusan ubat)
  • Farmasi Klinikal (Farmasi Wad, TDM, PN, IV Admikstur)
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun
  • MTAC (medical Therapy Adherence Clinic)

Jabatan Farmasi turut juga menyediakan perkhidmatan kepada klinik-klinik Kesihatan Daerah Klang
Jabatan Farmasi telah mendapat pensijilan  ISO 2008 dan 5S

 

VISI

Memberikan khidmat ‘pharmaceutical care’ yang cemerlang.

 

MISI

Untuk memastikan semua pelanggan/pesakit mendapat bekalan ubat yang tepat dan betul , berkualiti , selamat dan berkesan, termasuklah nasihat mengenai penggunaan ubatan secara rasional.

 

OBJEKTIF

Untuk mencapai kesalahan sifar dalam perolehan , pembekalan dan pendispensan ubat-ubatan

 

FUNGSI

FARMASI KLINIK PAKAR

Fungsi utama:
1. Mendispen ubat kepada pesakit  Klinik Pakar melalui kaunter DAN
2. Menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah (Added Value ):    
        - Ubat melalui pos (UMP 1 Malaysia)
        - Sistem SMS dan ambil
        - ‘Medication Dispensing Through Appointment’ (META)
        - Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu  (SPUB)
3. Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan

Hari operasi: Isnin – Jumaat
Waktu operasi: 7.30am – 5.30pm


FARMASI TRAUMA & KECEMASAN

LOBI BANGUNAN TRAUMA DAN KECEMASAN

Fungsi utama:
1. Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit yang   menerima rawatan di Jabatan Kecemasan
2. Memberi perkhidmatan kaunseling  jika perlu

Hari operasi: Isnin - Ahad
Waktu operasi: 24 jam


FARMASI WAD

LOKASI : BANGUNAN UTAMA HTAR, KLANG

Fungsi utama:
1. Menjalankan rondaan dan bekerjasama bersama doktor dengan membekalkan maklumat berkaitan ubat-ubatan di wad
2. Melakukan pemantauan penggunaan ubat-ubatan di wad
3. Memastikan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan efektif di wad

Hari operasi: Isnin – Jumaat
Waktu operasi: 8am – 5pm


STOR PEROLEHAN DAN BEKALAN

LOKASI : BESEBELAHAN DENGAN BANGUNAN PUSAT RAWATAN HARIAN

Fungsi utama:
1. Menguruskan perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok ubat dan peralatan perubatan
2. Pengendalian aduan produk/ panggilan produk
3. Menjalankan pengiraan, pemeriksaan dan verifikasi stok

Hari operasi: Isnin - Jumaat
Waktu operasi: 8am – 5pm


PUSAT MAKLUMAT UBAT DAN RACUN

LOKASI : TINGKAT 2 BANGUNAN ACC

Fungsi utama:
1. Menyedia  dan memberikan  maklumat mengenai penggunaan ubat-ubatan secara tepat dan optimal kepada pesakit, ‘healthcare professional’, dan juga orang awam
2. Melaporkan kesan adverse ubat
3. Memproses permohonan penggunaan ubat-ubatan baru di hospital

Hari operasi: Isnin - Jumaat
Waktu operasi: 8am – 5pm


FARMAKOKINETIK KLINIKAL

LOKASI : BERADA DIDALAM FARMASI PESAKIT DALAM TINGKAT BAWAH BANGUNAN UTAMA

Fungsi utama:
1. Menghasilkan rawatan optimal dalam jangka masa pendek dan mengurangkan kesan toksik ubat-ubat tertentu
2. Mengenalpasti ketidakpatuhan pesakit yang menerima rawatan jangka panjang

Hari operasi: Isnin – Ahad
Waktu operasi: 8am – 5pm (kes biasa)
                         24jam (kes keracunan)


 IV ADMIKSTUR

LOKASI : BERADA DIDALAM FARMASI PESAKIT DALAM TINGKAT BAWAH BANGUNAN UTAMA

Fungsi utama:
1. Melakukan reconstitusi ubat-ubat tertentu dengan mengunakan teknik aseptik dan membekalkan ubat tersebut dalam bentuk steril dan sedia digunakan atau ready to use kepada wad
2. Meyediakan ubat-ubat titis mata untuk pesakit dari  Wad dan Farmasi Klinik Pakar

Hari operasi: Isnin – Ahad
Waktu operasi : 8am – 5pm


PARENTERAL NUTRISI


LOKASI : BERADA DIDALAM FARMASI PESAKIT DALAM TINGKAT BAWAH BANGUNAN UTAMA

Fungsi utama:
1. Melakukan penyaringan terhadap permohonan nutrisi parenteral dari wad
2. Melakukan pencampuran sediaan nutrisi parenteral menggunakan teknik aseptik
3. Memantau pesakit-pesakit di wad-wad sebelum, semasa dan selepas   menerima nutrisi parenteral

Hari operasi: Isnin – Ahad
Waktu operasi : 8am – 5pm


REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK

Fungsi utama:
1. Rekonstitusi ubat sitotoksik mengunakan teknik aseptik agar ubat tersebut bebas dari sebarang kontaminasi, betul ,tepat dan selamat untuk digunakan .
2. Mencegah kakitangan farmasi daripada kesan berbahaya melalui inhalasi dan kontak fizikal
3. Menyediakan perkhidmatan klinikal dan nasihat tentang penggunaan dan menanggani ubat sitotoksik
Hari operasi: Isnin – Ahad
Waktu operasi : 8am – 5pm


FARMASI PESAKIT DALAM

LOKASI : TINGKAT BAWAH BANGUNAN UTAMA

Fungsi utama:
1. Membekalkan ubat kepada ke wad secara ‘unit of use’ dan ‘unit of dose’
2. Membekalkan stok ubat kepada wad dan unit secara ‘floor stock’  
3. Menjalankan penyediaan krim, losyen dan sediaan extemporaneous
4. Melakukan prabungkus ubat-ubat biji, krim dan losyen

Hari operasi: Isnin – Ahad
Waktu operasi: 8am – 5pm


FARMASI SATELIT

LOKASI :DITINGKAT 4 DAN 7 BANGUNAN  UTAMA


FARMASI DISCAJ

LOKASI : TINGKAT BAWAH BANGUNAN UTAMA BERDEKATAN FARMASI PESAKIT DALAM

Fungsi utama:
1. Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit yang didiscaj daripada wad
2. Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan

Hari operasi: Isnin- Ahad
Waktu operasi: 8am – 8.30pm (termasuk waktu rehat)


MEDICAL  ADHERENCE THERAPY CLINIC (MTAC)

LOKASI –LOKASI MTAC :
1. BANGUNAN PUSAT RAWATAN HARIAN DI  KLINIK PERUBATAN , KLINIK KANAK-KANAK DAN KLINIK PSIKIATRIK
2. KLINIK DADA
3. UNIT HAEMODIALYSIS

Fungsi
1. Memberi kaunseling dan pendidikan kepada pesakit dalam membantu kepatuhan terhadap terapi ubat-ubatan yang telah diberikan.
2. Memberi nasihat kepada health professional tentang pemantauan terapeutik ubat-ubatan tertentu dalam memulakan,memantau dan membuat sebarang perubahan dos bagi ubat-ubat tertentu .

Hari operasi : Isnin-Khamis

Perkhidmatan MTAC di Htar merangkumi:

  • MTAC -WARFARIN
  • MTAC- HD/CAPD
  • MTAC -PAIN
  • MTAC -ANTIEPILEPTIK
  • MTAC -RESPIRATORI
  • MTAC- DIABETES
  • MTAC – PSYCHIATRIC
  • MTAC -RVD

TERAPI GANTIAN METHADONE

Fungsi
1. Melaksanakan aktiviti mendispen dan memberi kaunseling kepada pesakit yang mendapat rawatan methadone

Hari operasi : Isnin – Ahad
Waktu Operasi : 7.30 am-12.30 t/hari (Isnin- Jumaat)
                           9.00 am- 12.00t/hari  (Sabtu, ahad dan cuti umum)

 

HUBUNGI

Tel: 03-33757000 sambungan: 1204, 1205
Faks: 03-33721084

Farmasi Klinik Pakar
Tel: 03-33757000 sambungan: 6137, 6142

Farmasi Kecemasan
Tel: 03-33757000 sambungan: 1617

Pusat Maklumat Ubat dan Racun
Tel: 03-33757000 sambungan: 6135

Stor Perolehan dan Bekalan
Tel: 03-33757000 sambungan: 1492