Jabatan Patologi

PENGENALAN

Jabatan Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang merupakan jabatan yang menawarkan diagnostik klinikal termasuklah perkhidmatan khusus Patologi Kimia, Mikrobiologi dan Serologi, Hematologi, Tabung Darah serta Histologi dan Sitologi kepada pesakit-pesakit dari hospital-hospital daerah, klinik-klinik kesihatan atau poliklinik-poliklinik komuniti di kawasan Klang, Shah Alam dan Sabak Bernam.

Selain daripada itu, Jabatan Patologi juga merupakan pusat rujukan bagi Jabatan Patologi hospital-hospital kecil serta klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.

 

VISI

Mewujudkan perkhidmatan diagnostik klinikal yang komprehensif, tepat dan berkualiti di samping menggalakkan perkembangan akademik dan penyelidikan dalam bidang patologi.

 

MISI


Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan diagnostik klinikal yang cekap, cepat dan tepat melalui perkhidmatan berkualiti dan beretika, penggunaan teknologi yang terkini dengan anggota yang professional untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi semua pelanggan.

 

OBJEKTIF


•    Menyediakan perkhidmatan diagnostic klinikal dan perkhidmatan konsultansi di dalam bidang Patologi Kimia, Mikrobiologi dan Serologi, Hematologi, Tabung Darah serta Histologi dan Sitologi.
•    Memberikan perkhidmatan latihan berkaitan teknikal dan analitikal kepada kakitangan-kakitangan jabatan ini serta pelatih-pelatih atau pelajar-pelajar daripada Institusi Pengajian Awam dan Swasta.
•    Menawarkan khidmat nasihat dan konsultansi berkenaan perkara-perkara yang melibatkan perkhidmatan patologi kepada Pengarah Hospital, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
•    Merancang dan membantu dalam mana-mana penyelidikan untuk pembangunan Perkhidmatan Patologi dan bidang-bidang berkaitan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan perkhidmatan diagnostic yang BERKUALITI, CEPAT, TEPAT serta MESRA PELANGGAN

 

WAKTU OPERASI


Makmal Patologi Kimia STAT dan Hematologi STAT serta makmal Tabung Darah beroperasi 24 jam dan perkhidmatan lain seperti ujian Rutin Patologi Kimia dan ujian Rutin Hematologi, Mikrobiologi dan Serologi, serta Histologi dan Sitologi beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

LOKASI

Jabatan Patologi terletak di aras G (bawah) di bahagian belakang bangunan utama hospital.