Jabatan Obstetrik & Ginekologi

PENGENALAN

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menerima rujukan dan kemasukan pesakit dari 6 daripada 9 daerah di Negeri Selangor. Selain daripada daerah Klang, HTAR menerima sebahagian besar kemasukan pesakit obstetrik daripada daerah Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor.Kes-kes rujukan juga diterima daripada Hospital dan Klinik swasta di daerah Klang dan Petaling.

HTAR telah mencatatkan jumlah kelahiran yang semakin meningkat sejak tahun 2003. Statistik ini merupakan yang ketiga tertinggi di peringkat kebangsaan selepas Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Kuala Lumpur.

 

VISI

Mewujudkan satu pusat yang memberi perkhidmatan obstetrik dan ginekologi yang cemerlang.

 

MISI

Memberi kepuasan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang berkualiti dan beretika secara cekap dan professional untuk memenuhi keperluan dan akspektasi semua pelayan kami.

 

OBJEKTIF JABATAN

Meningkatkan mutu perawatan pesakit dengan lebih cekap dan berkesan melalui perkhidmatan diagnostik rawatan dan pemulihan awal.

 

FUNGSI

Rawatan pesakit dalaman

  • Mengendalikan pesakit-pesakit antenatal & ginekologi secara ”in-patient”
  • Menyediakan rawatan kecemasan jika perlu
  • Menyambut kelahiran normal dan yang rumit seperti kelahiran instrumental di Dewan Bersalin
  • Merawat kes-kes rumit di High Dependency Ward

Rawatan pesakit luar

  • Merawat kes-kes antenatal & ginekologi secara ”out-patient” semasa sessi klinik antenatal & ginekologi di Klinik Pakar
  • Menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran seperti infertiliti,gine-onkologi & feto-maternal.
  • Mengendalikan perkhidmatan kolposkopi,histeroskopi dan intra-uterine insemination.
  • Merawat pesakit-pesakit di klinik menopos,klinik perancang keluarga,klinik molar dan klinik penjagaan luka.

Rawatan harian

  • Merawat kes-kes rawatan harian
  • Pemerhatian pesakit dilakukan seperti tekanan darah
  • Pengawasan kandungan seperti CTG dan ultrasound

Perkhidmatan Pembedahan

  • Pembedahan elektif ginekologi dilakukan pada setiap hari Isnin dan Rabu serta hari Sabtu minggu ketiga
  • Pembedahan elektif obstetrik dilakukan pada setiap hari dari Isnin hingga Jumaat serta hari Sabtu pertama,kedua dan keempat.
  • Pembedahan Day-care dilakukan pada setiap hari Jumaat
  • Pembedahan kecemasan obstetrik dan ginekologi dilakukan pada setiap hari bila perlu.

Rawatan kecemasan

  • Patient Assessment Centre (PAC) dan Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) menerima kesemua pesakit Obstetrik di mana pesakit diperiksa dan jika perlu dimasukkan ke wad ataupun diberi rawatan dan temujanji secara pesakit luar. Kes-kes yang rumit pula akan diberi rawatan kecemasan.