Jabatan Otorinolaringologi

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (dahulunya dikenali sebagai Klinik Telinga, Hidung dan Tekak) adalah ditempatkan di Tingkat 1 Kompleks Rawatan Harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan telah pun memberi perkhidmatannya semenjak tahun 1986. Pada tahun 2011 genaplah usianya 25 tahun.

Penambahan nama Jabatan juga telah dikemaskini kepada Klinik Otorinolaringologi, Kepala & Leher sejajar dengan perkhidmatan diberi kepada pesakit. Perubahan nama ini telah pun mendapat persetujuan daripada Pengarah Hospital Htar serta Ketua Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Kuala Lumpur.

 

VISI
Mewujudkan Jabatan Otorinolaringologi Htar Klang yang Cemerlang, Moden dan Berwibawa.

 

MISI
Memberi rawatan yang efektif melalui perkhidmatan yang cekap, professional dan prihatin untuk menjamin kepuasan pelanggan.

 

OBJEKTIF
Mencapai dan mempertingkat perawatan pesakit orl yang berkualiti melalui perawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan.

 

FUNGSI

Menyediakan rawatan dan perundingan pakar untuk perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam bagi kes kes THT.

I. Untuk memeriksa dan merawat kes-kes yang dirujuk.

II. Menyediakan perkhidmatan perundingan dan menyelaraskan perkhidmatan THT.

III. Untuk menjalankan pembedahan kepada kes-kes yang memerlukan perkhidmatan ini.

IV. Pendidikan kesihatan kepada pesakit THT.

V. Memberi rawatan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.

VI. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang telinga, hidung dan tekak.

VII. Mengesan penyakit dan memberi rawatan kepada pesakit yang di rujuk dari klinik Pesakit Luar , klinik-klinik pakar, pusat pusat kesihatan kerajaan serta Pengamal Perubatan.

VIII. Pemulihan awal bagi mereka yang mengalami masaalah kekurangan pendengaran dan pertuturan.

 

PERKHIDMATAN HARIAN

1. Memberi perkhidmatan dan mengendalikan klinik pesakit luar dan dalam

  • 3 hari seminggu (Selasa, Khamis dan Jumaat – pagi & petang)
  • Purata kes harian antara 120 – 150 pesakit
  • Jumlah pesakit dalam wad antara 40 – 60 pesakit sebulan

2. Menjalankan kes-kes pembedahan major dan minor setiap hari Isnin dan Rabu

3. Menjalankan ward round pada setiap hari ke wad-wad

4. Perkhidmatan unit Audiologi setiap hari

5. Perkhidmatan unit Terapi Pertuturan setiap hari

6. Klinik Alergi / Keloid

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Kaunter Klinik : 03-33756329