Jabatan Kecemasan dan Trauma

PENGENALAN
          Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) merupakan ‘pintu masuk pesakit’ utama ke Hospital ini dan merupakan Jabatan Kecemasan & Trauma yang paling sibuk di Selangor. Pesakit kes kecemasan yang terdiri dari kategori kes kecemasan perubatan atau trauma seterusnya dirawat berdasarkan saringan iaitu kategori Kritikal (kes Merah), Separa-Kritikal (kes Kuning) atau Bukan Kritikal (kes Hijau). Terdapat juga sejumlah pesakit bukan kes kecemasan yang dirawat di Jabatan Kecemasan & Trauma.
          Jabatan Kecemasan & Trauma berada di bangunan dua tingkat sebelah kiri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (bersebelahan Unit HDU) dan boleh dihubungi terus melalui pintu masuk utama di Jalan Langat. Pesakit boleh diturunkan dari kenderaan pengangkutan kecemasan melalui jalan masuk awam terkawal ke jabatan ini.
 
MISI
          Memberi rawatan Kecemasan serta pemulihan seawal mungkin bagi mengekalkan fungsi-fungsi utama dan menghalang sebarang kemorosotan sebelum displin tertentu mengambil alih.
 
VISI
          Mewujudkan perkhidmatan perubatan kecemasan yang cekap, pantas dan cemerlang.
 
OBJEKTIF
          Memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang cedera dan sakit tenat (kritikal dan separa kritikal) dengan berkesan serta lancar bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
 
WAD PEMERHATIAN (ZON BIRU)
          Wad pemerhatian Zon Biru di Jabatan Kecemasan berfungsi bagi memastikan pesakit distabilkan bagi kes-kes Trauma dan juga bukan Trauma (Medikal). Pemerhatian seperti bacaan parameter vital dan prosedur kecil kecemasan dijalankan disini sebelum pesakit dihantar ke wad-wad ataupun discaj.
 
PASUKAN LIPUTAN PERUBATAN
          Tugas liputan perubatan Jabatan Kecemasan HTAR adalah yang tertinggi di antara hospital-hospital di negeri Selangor dan juga yang tertinggi di Malaysia. Pasukan liputan perubatan terdiri daripada pegawai perubatan (Pakar / Pegawai Perubatan) dan paramedik terlibat dengan liputan majlis-majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dan Negeri melibatkan VVIP seperti SPB Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan, Perdana Menteri dan TPM, juga Menteri Besar dan Ketua-ketua negara. Sebanyak 70 liputan perubatan telah dijalankan sepanjang tahun 2016 melibatkan majlis-majlis rasmi peringkat Negeri Selangor dan peringkat Persekutuan.
 
OSCC
          One Stop Crisis Center (OSCC) merupakan perkhidmatan bersepadu pelbagai disiplin kepakaran bagi memeriksa dan merawat mangsa penderaan fizikal dan seksual golongan wanita dan kanak-kanak.
 
PROSEDUR SURGIKAL
          Kebanyakan prosedur surgikal yang dijalankan di Jabatan Kecemasan melibatkan rawatan I&D dan T&S yang tidak berkomplikasi, ’dressing,’removal foreign body’ dan ’eye irrigation’.
 
PENCAPAIAN e-MASA
          Purata masa menunggu pesakit di Zon Hijau kurang dari 90 minit dapat dicapai untuk 53% kes. Purata pesakit yang telah di discaj di Zon Hijau kurang dari dalam 120 minit dapat dicapai untuk 87.8% dengan penambah baikan proses melalui projek LEAN.
 
LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
          Kajian kepuasan pelanggan telah dijalankan secara berkala  untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan jabatan.
          Kajian Kepuasan Pelanggan 2016 mendapati 70.7% pesakit mengatakan perkhidmatan diberi adalah sangat baik dan 24.4 baik berdasarkan pengalaman mereka. 4.9% menyatakan kurang memuaskan dan salah satu punca utama ketidakpuasan pelanggan yang dikenalpasti adalah waktu menunggu yang panjang. Melalui projek LEAN health, masa menunggu dapat dikurangkan.
 
CME JABATAN
          Program CME Jabatan dijalankan setiap pagi Selasa dan Rabu mengikut jadual. `Grand ward rounds’ bersama pakar kecemasan dijalankan setiap pagi Isnin. Di samping itu, sesi Taklimat Pengurusan disampaikan setiap pagi Isnin oleh Pegawai Perubatan Yang Menyelia.
 
PROGRAM LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERUBATAN SARJANA PERUBATAN KECEMASAN
          Jabatan Kecemasan menerima kehadiran Pegawai Perubatan Siswazah secara berkala untuk menjalankan posting wajib selama 4 bulan. Mereka telah ditempatkan di Zon-zon Klinikal dan Perkhidmatan Pra-Hospital dan bekerja di bawah seliaan Pegawai Perubatan dan Pakar Kecemasan. Program CME untuk Pegawai Perubatan Siswazah juga dijalankan pada hari Khamis setiap minggu di bawah seliaan Pakar Kecemasan.
 
WAKTU OPERASI
24 Jam Setiap Hari
 
LOKASI
Bangunan Jabatan Kecemasan Dan Trauma, HTAR