Jabatan Ortopedik

PENGENALAN

Lokasi Jabatan Ortopedik terletak di Tingkat Bawah Bangunan Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre=ACC) Hospital Tengku Amupuan Rahimah, Klang. Jabatan ini juga dikenali Klinik Pakar Ortopedik yang menyediakan rawatan Pakar untuk pesakit diberi temujanji.

 

MISI

Memberi Perkhidmatan Kepakaran Ortopedik yang terbaik, berkualiti, cekap dan professional kepada pelanggan.

 

VISI

Mewujudkan sebuah Jabatan yang dapat memberi perkhidmatan kepakaran yang optima dan cemerlang dengan cekap, effisyen dan professional.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan rawatan ortopedik yang terbaik, effisyen dan professional kepada pelanggan dengan kaedah teknologi terkini untuk capai wawasan Negara Malaysia iaitu rakyat sihat Negara Maju.

 

AKTIVITI UTAMA

  1.  Memberi khidmat kepakaran di Klinik Pakar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kepada pelanggan ILizaroz, Hand & Microsurgery, Arthroplasty, Spine dan Sport.
  2. Mengendali dan melaksanakan kes-kes pembedahan di 4 Dewan Bedah Ortopedik (satu Dewan Bedah berkhidmat 24jam, dua Dewan Bedah berkhidmat hingga jam 3.00 petang, satu Dewan Bedah berkhidmat hingga jam 9.00 malam.
  3. Melakukan lawatan pakar Hospital Daerah Banting dan Sabak Bernam bagi mengendalikan dan memberi khidmat Pakar Ortopedik disana mengikut jadual yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  4. Memberi penyeliaan kepada pelatih ‘Masters’ subkepakaran trauma sedia ada.
  5. Memberi penyeliaan kepada pelatih paramedic ( Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat DARI Kolej kerajaan dan swasta).

 

FUNGSI

Klinik berfungsi mengikut tarikh temujanji yang telah diberi kepada pelanggan (pesakit).
Isnin – Jumaat         = 8.00 pg – 5.00 ptg  

Klinik Khas:-
        Isnin pg                 =       Klinik Tangan
        Rabu pg               =        Klinik ILizarov
        Rabu ptg              =        Klinik Spinal
        Khamis ptg          =        Klinik Sport
        Isnin – Khamis    =         jap e

Bilik Plaster (ACC):-
        Isnin – Jumaat    = 8.00 pg – 5.00 ptg

 

LOKASI

Lokasi Jabatan Ortopedik terletak di Tingkat Bawah Bangunan Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre=ACC) Hospital Tengku Amupuan Rahimah, Klang. Jabatan ini juga dikenali Klinik Pakar Ortopedik yang menyediakan rawatan Pakar untuk pesakit diberi temujanji.