Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi merupakan jabatan sokongan yang penting bagi kesemua jabatan yang berasaskan pembedahan. Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah telah memberikan perkhidmatan sejak daripada penubuhan hospital ini. Selain daripada memberikan perkhidmatan bius, jabatan ini juga menjadi tunjang kepada perkhidmatan Rawatan Rapi.

VISI

Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan anestetik dan rawatan rapi yang cemerlang.

MISI

Memberikan kepuasan menyeluruh melalui rawatan berkualiti yang beretika secara cekap dan profesional di dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan anestetik yang berkualiti sebelum, semasa dan selepas pembedahan, termasuk rawatan kesakitan, merawat pesakit tenat yang memerlukan pengawasan, rawatan intensif serta memberi bantuan kepada organ-organ penting.

Memberi perawatan dan pemerhatian rapi kepada semua pesakit kritikal dan yang memerlukan alat pembantu nyawa.

PERKHIDMATAN

  1. Memberikan perkhidmatan bius yang selamat melalui penilaian sebelum pembedahan, penjagaan semasa dan selepas pembedahan.
  2.  Memberikan perkhidmatan ‘pain management’ yang dikenali sebagai’ ‘acute pain service’ kepada pesakit selepas pembedahan serta ‘chronic pain service’ terutamanya bagi pesakit kanser.
  3. Memberikan perkhidmatan ‘pain management’ yang dikenali sebagai ‘obstetric analgesia service’ kepada ibu-ibu yang mengalami ‘labour pain’ terutama sekali kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi,seperti ‘pregnancy induced hypertension’  dan ‘valvular heart disease’.
  4. Mengendali pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan rapi, penjagaan serta sokongan fungsi organ-organ penting di Unit Rawatan Rapi 5C dan 4C.
  5. Jabatan ini juga memberi latihan ‘Basic Life Support’ dan `Advance Life Support’ kepada kakitangan hospital HTAR dan kakitangan dari  hospital lain.
  6. Mengendalikan klinik anestesia untuk menilai pesakit-pesakit yang bakal menjalankan pembedahan secara elektif terutama sekali bagi pesakit-pesakit yang berisiko tinggi.

WAKTU OPERASI

Dewan bedah dan unit Rawatan Rapi : sepanjang masa (24 jam)

Klinik Anesthesia : hari Isnin hingga Khamis : dari jam 2.00 hinnga 4.00 petang.

Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik : setiap hari Rabu dan Khamis, dari 8.00 pagi hingga  2.00 petang.
Prosedur perubatan ( Interventional Procedures) : setiap hari Selasa , dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, di dewan bedah harian.

LOKASI

Dewan Bedah Am : tingkat 3 Kompleks Utama.

Dewan Bedah Ortopedik : tingkat 4 Kompleks Utama.

Dewan Bedah Materniti : tingkat 1 Kompleks Utama.

Dewan Bedah Harian : tingkat 2 Kompleks Rawatan Harian.

Klinik Anesthesia dan Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik : tingkat 1 Kompleks Rawatan Harian.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

No. Telefon 03-33757200 (HTAR) sambungan 1524