Jabatan Pembedahan Am

PENGENALAN

Jabatan Surgeri memberi rawatan pembedahan am untuk penduduk di daerah Klang dan daerah-daerah di sekitarnya. Jabatan ini juga berfungsi sebagai pusat rujukan untuk beberapa hospital daerah dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

Perkembangan pesat pembangunan dan kawasan perumahan di sekitar daerah Klang memberi impak dengan penambahan beban kerja bagi Jabatan Surgeri, khasnya kes-kes trauma. Penambahan beban kerja tanpa penambahan pada jumlah katil menyebabkan peningkatan pada peratus penggunaan katil sehari.

Walaubagaimanapun, Jabatan Surgeri secara amnya berusaha mempertingkatkan kualiti perawatan dengan perubahan pada proses-proses kerja untuk mencapai output yang optima dan bermutu.

VISI

Mewujudkan satu jabatan surgeri yang memberi perawatan perkhidmatan yang cemerlang.

MISI

Memberi perawatan pembedahan berkualiti secara beretika dan professional.

OBJEKTIF

  1. Memberi perawatan pembedahahan yang berkualiti dan optima
  2. Mempertingkatkan tahap pengetahuan, kecekapan dan kemahiran melalui latihan untuk kakitangan
  3. Mempertingkatkan kesedaran orang awam tentang pencegahan dan rawatan awal penyakit

FUNGSI

Aktiviti utama adalah seperti berikut:

Rawatan pembedahan pesakit dalam

Wad-wad pembedahan adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.

  

WAD

 

JUM.KATIL

2C

Wad Pembedahan Kanak-kanak

20

3A

Wad Pembedahan Perempuan

40

3B

Wad Trauma & Rehabilitasi

28

3C

Wad Kecederaan Kebakaran

4

4A

Wad Pembedahan Lelaki

40

    

Rawatan pesakit luar klinik bedah [SOPD]

Kes-kes baru dan ulangan dikendalikan pada setiap hari dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat. Klinik kes ulangan diatur mengikut kategori kumpulan penyakit (Jadual 2). Kes-kes baru diberi rawatan pada hari yang sama ataupun diatur mengikut kategori kumpulan penyakit.

 

WAKTU

PAGI

(8 AM-1 PM)

PETANG

(2 PM – 4 PM)

ISNIN

UROLOGY

UPPER GASTROINTESTINAL

COLORECTAL

THYROID

HEPATOBILIARY

SELASA

BREAST [NEW CASES]

MINOR CASES

POST OP. CASES

PAEDIATRIC SURGERY

RABU

ONCOLOGY

UROLOGY

BREAST

VASCULAR/ PLASTIC SURGERY

KHAMIS

TRAUMA

BURN

PLASTIC( 1st Week)

-

JUMAAT

BREAST

-

                          

Rawatan Harian

Rawatan kemoterapi harian dijalankan di wad rawatan harian di ACC pada setiap hari. Selain itu, rawatan pembedahan ‘Daycare’ untuk kes-kes pembedahan bius menyeluruh dijalankan pada setiap hari khamis. Rawatan pembedahan kecil secara pesakit luar untuk kes-kes pembedahan secara bius setempat (local anaesthesia) pula dijalankan pada setiap hari mengikut keperluan dan jadual bedah.

Perkhidmatan Endoskopi

Prosidur Endoskopi yang dijalankan merangkumi OGDS, ERCP, COLONOSCOPY dan CYSTOSCOPY. Prosidur endoskopi ini dilakukan secara elektif dan juga secara kecemasan.

Perkhidmatan Pembedahan

Semua kes pembedahan yang memerlukan bius menyeluruh dan regional dilakukan di Dewan Bedah Am kecuali kes-kes pembedahan ’Daycare’. Kes-kes yang memerlukan bius setempat pula dilakukan di Dewan Bedah Pusat Rawatan Harian .

Bagi mengurangkan tempoh menunggu kes-kes hernia, Jabatan Surgeri telah memperuntukkan slot khas untuk melakukan pembedahan hernioplasty dengan kaedah bius setempat bagi kes-kes terpilih. Pembedahan ini dilakukan oleh pegawai-pegawai perubatan yang terlatih.

Lawatan Pakar ke Hospital Daerah

Pakar bedah membuat lawatan ke Hospital Daerah Banting dua kali sebulan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ini adalah mengendalikan Klinik Pakar Bedah dan melakukan rondaan di wad bersama pegawai perubatan di hospital tersebut