Peraturan dan Waktu Melawat

Setiap hari termasuk cuti umum dan cuti am:

Sesi 1 : 12.30tgh - 02.00ptg
Sesi 2 : 04.30ptg - 07.30ptg

Perhatian: Anda tidak dibenarkan masuk ke wad diluar waktu melawat kecuali dengan kebenaran pihak-pihak berkenaan.

PAS MERAH / PINK : Dikeluarkan oleh pihak wad dengan kebenaran doktor
PAS KUNING : Diberikan ketika mendaftarkan kanak-kanak dibawah 12 tahun

PERATURAN KANAK-KANAK MELAWAT PESAKIT

- Kanak-kanak perlu diawasi supaya tidak menggangu pesakit-pesakit lain.
- kanak-kanak tidak dibenakan melawat jika pesakit seorang pembawa penyakit yang boleh berjangkit.
- kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit di Unit Rawatan Khas Kanak-kanak, Unit Rawatan Rapi dan Unit Rawatan Jantung.

PERATURAN-PERATURAN LAIN

- Pas pelawat tidak boleh digunakan untuk masuk ke wad lain daripada yang dibenarkan.
- Cuma seorang sahaja dibenarkan menjaga anak di bawah 12 tahun.
- Dilarang membawa kamera dan senjata api.
- Dilarang membuang sampah merata-rata dan merokok diluar dan didalam kawasan hospital.