Soalan Lazim

 1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?   

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. 


2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Caj cagaran  adalah berbeza mengikut kerakyatan dan disiplin seperti berikut :

 

Disiplin Kewarganegaraan
Warganegara Bukan Warganegara
Pembedahan  RM 30 RM 2,800
Perubatan RM 20 RM 1,400
Sakit Puan RM 15 RM 2,800

 


3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?

Bagi semua kes penyakit berjangkit, penerima bantuan kebajikan masyarakat, OKU, pelajar sekolah (disertakan surat pengesahan sekolah), kakitangan kerajaan (disertakan surat jaminan/eGL), pesara kerajaan dan penderma darah (mengikut bilangan pendermaan darah).


4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan bagi warganegara.


5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?

Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah atau surat pengesahan (GL)


6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.


7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina   


8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital