Laporan Perubatan Dan Bayaran

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN DAN BAYARAN

JADUAL 1 : Jenis  Laporan dan bayaran

Jenis Laporan
 
Caj Bayaran
 
Disediakan oleh
 
Warganegara
 
*Warga Asing
Laporan perubatan Biasa
RM40.00
RM120.00
Pegawai perubatan
Laporan perubatan biasa (ringkas pakar)
RM80.00
RM240.00
Pakar
 
*Laporan Terperinci Pakar
 
RM200.00 hingga RM1000.00
RM400.00 hingga Rm2000.00
Pakar
Laporan salinan kali kedua dari laporan asal
50% dari kadar caj asal
Pegawai Perubatan/Pakar
Laporan Penyediaan semula
Bayaran mengikut caj asal/penuh
Pegawai Perubatan/pakar
Laporan Penjelasan/pembetulan
Percuma
Pegawai Perubatan/Pakar
** Laporan Perubatan oleh Pihak Polis/ Jabatan Kerajaan/ JKM/Biro bantuan Guaman/ Borang BAT F117(tentera)
 
Percuma
 
 
Pegawai perubatan/Pakar
 
  • Caj bayaran laporan perubatan bagi warga asing adalah dua kali ganda
**    Pengecualian bayaran tidak terpakai untuk tujuan insuran dan pengeluaran KWSP
 
DOKUMEN PERMOHONAN
 
Sila rujuk dokumen di bawah yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan/ laporan bedah siasat
 
PESAKIT (sendiri)
 
  • Surat Keizinan asal dari pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan @ Pasport pesakit
  • Salinan kad rawatan pesakit (berkaitan)
  • Bayaran (mengikut Jenis Permohonan)
  • Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan)
  • Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan)
IBU / BAPA / PENJAGA ( Pesakit berumur di bawah 18 tahun)
  •  Surat keizinan asal dari ibu / bapa / penjaga yang sah
  •  Salinan sijil kelahhiran pesakit
  •  Salinan kad pengenalan pesakit @ passport pesakit
  •  Salinan kad pengenalan @ passport ibu / bapa / penjaga yang sah
  •  Salinan kad rawatan pesakit (Berkaitan)
  •  Surat akuan sumpah (berkaitan)
  •  Bayaran (mengikut tujuan permohonan)
  •  Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan
  •  Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan)
WARIS (suami/isteri/ anak/ adik beradik / ibu/ bapa)
(Bagi pesakit yang telah meninggal dunia)
  •   Surat keizinan asal dari waris yang sah
  •   Salinan sijil kelahiran @ kad pengenalan @ passport si mati
  •   Salinan sijil kelahiran @ kad pengenalan @ passport waris yang sah
  •   Salinan sijil kematian @ permit kubur si mati
  •   Salinan kad rawatan si mati (berkaitan)
  •   Salinan sijil nikah@ surat akuan sumpah waris yang sah (berkaitan)
  •   Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  •   Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan)
  •   Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan
WAKIL / AGEN (Insuran / Peguam dan lain-lain)
  •   Surat keizinan asal dari pesakit / waris yang sah
  •   Surat keizinan asal dari kedutaan pesakit / si mati
  •   Surat keizinan wakil untuk mendapatkan laporan perubatan
  •   Lain-lain dokumen yang merujuk kepada status berikut :
i.                    Pesakit
ii.                   Ibu / Bapa / Penjaga
iii.                  Waris
Pengecualian surat keizinan dan bayaran adalah terpakai bagi agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk tujuan siasatan seperti :
i.                    Polis Di Raja Malaysia
ii.                   Mahkamah
iii.                  “Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang pesakit.
 
Sila berhubung dengan Unit Laporan Perubatan di talian 03-33756114 untuk sebarang kemusykilan
 
Rujukan :
 
Caj-caj untuk laporan perubatan –
 
Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah fi ( Perubatan)(Kos
Perkhidmatan) 2014
 
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015
 
Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM ( pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10(GU))