Piagam Pelanggan

Jabatan Kecemasan

  • Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysian Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh Pegawai Perubatan dengan serta merta.
  • Untuk kes separa kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • Untuk kes bukan kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.

Klinik Pakar

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.

Unit Daftar masuk

  • Setiap pesakit akan didaftarkan untuk masuk ke wad dalam tempoh 5 minit.

Unit Hasil

  • Setiap pelanggan akan mendapat bayaran balik baki wang deposit dalam tempoh 15 minit dari masa penyerahan resit deposit asal.
  • Bagi Bayaran balik baki wang deposit yang melebihi RM1000, semua dokumen akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara dalam tempoh 2 hari bekerja dan bayaran akan dikreditkan terus ke bank pelanggan.

Rekod Perubatan

  • Permohonan Laporan Perubatan yang lengkap akan disiapkan dalam masa 28 hari (tidak termasuk cuti mingguan dan cuti am) dari tarikh penerimaan

Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah wajib untuk :-

  1. Mematuhi peraturan Hospital
  2. Mengguna segala kemudahan dengan bertanggungjawab
  3. Mematuhi pelan rawatan yang diberi