Pengenalan

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang telah mula beroperasi pada April 1985. Ia merupakan sebuah hospital kerajaan dengan lebih 800 katil pesakit dan 20 bidang klinikal yang terletak di Klang Selatan di dalam daerah Klang, Selangor. Hospital ini menyediakan perkhidmatan kesihatan utama dan juga penjagaan kesihatan pakar kebangsaan terpilih.

Hospital ini  merupakan pusat rujukan utama bagi daerah  Klang dan sekitarnya seperti Sabak Bernam, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sepang.

Hospital ini turut memberi perhatian kepada perkhidmatan penjagaan berambulans dan dilengkapi dengan sebuah landasan helikopter untuk tujuan pemindahan kecemasan.Hospital TAR Klang juga menempatkan kemudahan pengajaran perubatan kepada penuntut perubatan Universiti Malaya.

Walaupun wujudnya hospital baru seperti Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Hospital Selayang, statistik hospital menunjukkan peningkatan bilangan kemasukan pesakit ke hospital ini dari setahun ke setahun. Tahun 2005 mencatatkan 80,112 kemasukan pesakit berbanding 76, 553 kemasukan pada tahun sebelumnya iaitu lebih kurang peningkatan 4.65 %