Proses Permohonan Menjalani Latihan Industri / Latihan Elektif di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

1. Pelajar perlu mengemukakan borang permohonan menjalani Latihan Industri / Latihan Elektif tidak kurang dari TIGA BULAN sebelum menjalani latihan.

(Klik di sini untuk borang permohonan latihan Industri)

2. Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-
    - Surat sokongan dari Universiti / Kolej
    - Salinan kad pengenalan
    - Dua keping gambar berukuran passport

3. Pihak Hospital berhak sepenuhnya :-
    - menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan
    - menentukan penempatan/disiplin tanpa mengikut mana-mana tempat yang lebih memerlukan tanpa merujuk pilihan pelajar.

4. Surat kelulusan atau penolakan akan dikeluarkan dan diposkan kepada pemohon dalam tempoh dua hingga tiga minggu daripada tarikh permohonan diterima.

5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula kepada pemohon.

6. Pelajar perlu memaklumkan kepada Unit Latihan sekiranya tidak dapat menjalani latihan.

7. Keterangan lanjut sila hubungi Pn. Era Niza Binti Abdul Khalid di talian 03-33757000 samb: 6051 atau email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.