VIDEO KORPORAT HTAR 2020

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG

 

Hospital Daerah Klang ditubuhkan pada tahun 1892 di kawasan anak bukit di bandar Klang dan kemudiannya dinaiktaraf menjadi Hospital Besar Klang. Tahun demi tahun, keperluan yang mendesak menyebabkan hospital ini dipindahkan ke lokasi yang sedia ada dengan nama baru, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada tahun 1985. Sehingga kini, pelbagai jenis kepakaran dan kemudahan rawatan, wad dan klinik pakar ditawarkan demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

 

 

Penyayang, Profesionalisma dan Kerja Berpasukan menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang terus memacu ke arah khidmat kesihatan terbaik.

 

 

Video ini adalah rangkuman kisah, memori, kasih sayang dan kerjasama yang dicurahkan oleh anggota kesihatan tanpa mengira pangkat dan usia. Semuanya demi memberikan yang terbaik untuk semua.

 

 

35 tahun Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di hati semua ❤️

 

Klik Disini untuk layari Video korporat HTAR