Selamat Datang Ke Laman Web HTAR


Latest Activities
| Infomasi : SISTEM APLIKASI COTDS MENGALAMI GANGGUAN CAPAIAN |
| Posted By: webmaster On: May/21/2009 |
Untuk makluman, aplikasi COTDS akan mengalami gangguan capaian disebabkan oleh penaikan taraf untuk memenuhi keperluan semasa. Aplikasi COTDS dijangka akan mempunyai gangguan capaian berlanjutan sekurang-kurangnya selama sebulan. Segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amat dikesali. |
| Read More... |
| Kursus : Bengkel "Increasing Quality and Performance Of Healthcare Through Better Clinic Governance" |
| Posted By: webmaster On: Apr/17/2009 |
Sukacita dimaklumkan bahawa Worldwide Corporation Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Institut Pengurusan Kesihatan, KKM akan mengadakan satu bengkel pada 23 April 2009 bertempat di Best Premier Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur. Sehubungan itu, kakitangan yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut, sila berhubung dengan Prof. Ir. Dr. Mohamed Amin Alias (03-21696347) atau email kepada amin@globalevent-wcr.com untuk sebarang pertanyaan. |
| Read More... |
Info @ HTAR
|
Dari Meja Webmaster
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Laman Web Rasmi HTAR telahpun dilancarkan secara rasminya pada 9hb Mei 2007 (Rabu) sempena Hari Anugerah Kualiti 2006 Peringkat HTAR. Pelancaran Laman Web Rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dr. Haji Yahya Bin Haji Baba, KMN Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Unit IT ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Perubatan, Timbalan Pengarah Pengurusan, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan semua Content Providers yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi HTAR.
Kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Rasmi HTAR, kami mengalu-alukan kedatangan anda dan semoga maklumat yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenali HTAR dengan lebih dekat.
Unit IT masih lagi berusaha sedaya upaya melengkapkan laman web ini dengan memasukkan maklumat terkini tentang HTAR untuk kemudahan warga HTAR dan orang ramai.
Proses yang berterusan ini memerlukan kerjasama erat dikalangan warga HTAR sendiri. Unit IT mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen yang membina dari semua pihak.
Dengan adanya laman web ini maka HTAR maju setapak lagi ke hadapan dalam usaha menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Sekian, Harap Maklum
Webmaster









